Kelas Online adapted Mind BI & Advokasi KDB

20 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 5 orang peserta terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga 6. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta dalam mengulangkaji pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan apiklasi “ Adapted Mind”. Apiklasi ini memudahkan peserta untuk belajar membaca, mengeja dan penggunaan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas Advokasi “KLIK DENGAN BIJAK” yang bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan untuk mengelakkan peserta menjadi pembuli siber serta menjadi pengguna yang bijak dan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali